Free Auto Malaysia Backlinks

Assalammualaikum...



SELAMAT DATANG KE  
AMANE HOMESTAY
PULAU PINANG



Penang Homestay Apartment A   Apartment B 





Klik untuk ke halaman seterusnya..


Penang Homestay Apartment C  Apartment D
 

Cadangan tempat-tempat lawatan:

video
video

Penang Homestay (Amane  Homestay, Penang) ingin mencadangkan tempat ini sebagai salah satu lokasi yang paling saya suka terutamanya pada waktu petang.

Untuk pengetahuan saudara/i sekalian, dekat sini jugalah di mana jemaah-jemaah haji akan di bawa masuk dengan bas melalui pintu ini terus ke kapal terbang menuju ke Madinah/Mekah. Jika anda datang untuk menghantar ibu/bapa atau saudara mara, anda boleh ke sini untuk memberikan lambaian selamat tinggal...

Lain-lain tempat menarik di Penang;

Muzium USM - Buka office Hour
War Museum - Batu MAung
Taman Rama-Rama

FortCOrnwallis (Padang Kota Lama)- waktu malam best..
Toy Museum ( bersebelahan Copthorne Hotel di Tanjung Bungah)
Kilang Batik
Botanical Garden
Taman Belia
Muzium Islam
Muzium Pulau Pinang
Bukit Bendera
Pulau Jerjak ( Jeti berhampiran dengan Queensbay Mall)
Spice Garden (Batu Feringgi)
Batu Feringgi ( The best place for picnic)
Telok Bahang
Taman Rimba ( Air Terjun ) - DITUTUP BUAT SEMENTARA WAKTU
Empangan Air Itam
Taman Burung ( seberang perai )

PARKING AREA

Kawasan parkir di luar apartment. Pondok keselamatan berada berhampiran pondok telefon yang bewarna biru.
Teramat sesuai untuk parkir bas di kawasan nie..luas dan selamat.

Best Dishes in Penang



Laksa Janggus.. tapi kena redah bukit Balik Pulau...
Dibuka setiap hari kecuali hari Rabu..3 petang baru mula  berniaga..
Kat sini ada jual macam2 lagie..sapo tak makan laksa jangan risau..anda boleh temankan family ke sedara sambil mmenjamu selera benda lain....


Pasembor ( Dua tempat aku boleh suggestkan..satu Taman Broom...satu lagi kat Padang Kota lama...). Pasembor nie kena pandai pilih, silap pilih boleh cecah seratus..hahaha..pengalaman sendiri nie...
























Macam-macam jeruk ada kat Penang nie..Pilih jek nak yang mana..yang Melayu ( Jeruk Pak Ali ) atau yang orang Cina buat ( dulu-dulu orang beli kat depa nie la)..Rasa ada perbezaan....tapi ikut citarasa orang la yer..Boleh tanya kat Pak Yusof kalau nak tau kat mana tempat2 nie...

Sejak kebelakangan nie ramai pulak yang menelefon saya bertanya tentang jeruk. 
Kepada sesiapa nak dapatkan stok jeruk boleh telefon kawan saya nie, die boleh membekalkan jeruk kepada anda, klik le sini http://iqtisodedar.com.my 


Untuk yang nak tengok proses membuat jeruk, boleh request kepada Pak Yusof untuk melihat proses jeruk dibuat di tempat tersebut. Maaf yer, kilang ini kepunyaan Tokei Cina, tapi bersih tempatnya yer. Kat sini anda boleh beli terus jeruk2 kat sini. Jeruk-jeruk kat sini masih baru berbanding kat kedai jeruk yang korang beli tu..rasapun still rangup.- Nanti saya uploadkan gambar.

Untuk tips beli jeruk : Kalau nak rasa original buah jeruk, jangan beli yang dia campur macam2 buah-buahan di dalamnya. Beli asing2 yer..baru rasa original...























Paling best...nasi kandaq...nyummy. Tak elok diamal setiap hari...jantung beb..ingat tue..Tapi ini ada beberapa tempat aku boleh cadangkan; 
Kassim Mustafa ( Bayan Baru )
Mabrur ( Bayan BAru)
Pelita ( Bayan Baru )
Subaidah (Sungai Dua)
Line Clear ( area Georgetown ) - Pilihan ramai....sampai kena beratur panjang..nak makan punya pasal!!
Kapitan- Nie pon best...paling suka Tandoori....yummy..
Nasi Kandar Beratur ( Georgetown) - Malam jek beratur..best!!






 Sup Hameed nie dimakan bersama roti banggali...Sedap wooo..!!!!
3 gambar ni pinjam sat no dari malaysiabest.com
GPS : Kelawai Road 



Mee Sotong..Fuyooo sedap ooo...
Dekat Astaka bersebelahan pintu masuk ke Fort Cornwallis ya...
Gambar kat atas pon aku pinjam dari blog kat atas tue..mekacih yer























Besh..ikan bakar/sotong bakar/kerang bakar cicah air asam..         
Telok Tempoyak, SeaGate, Hammer Bay, Sampan
Ada guest pernah cakap, harga kat Penang lagie murah dari KL..betul ker? 
Aku pun tak tau...sebab tak pernah makan seafood kat KL... 
      

Sebenarnya kalau ikutkan hati, banyak tempat makan yang best kat Penang nie, nak masukkan dalam blog..selalu lupa nak ambil gambaq sebab selalu p tak dirancang. Kamera plak tak bawa..hehehe..InsyaAllah..satu hari saya akan cuba hasilkan map untuk penyewa Amane Homestay untuk anda dan keluarga pergi makan-makan especially pada waktu malam..... 
antara makanan yang ingin saya perkenalkan; Mee Goreng Sotong ( area Padang Kota Lama ) !!!!

Untuk makluman, semua tempat yang disenaraikan bukan terletak berdekatan..ia berada dalam kawasan Pulau Pinang, dari kawasan utara ke selatan 'Pulau" ... ada faham??!!! hehehehehe


Ape-ape pun...Penang paling happening dengan makanannya...kalau kat sini korang masak tak sedap...bolayan daa..tunggu tutup kedai la.... KAlau area Georgtown , paling best nasi kandar tapi kalau nak cari nasi melayu...susah...Tapi kalau area homestay nie ( Barat Daya )....nasi kandar ada..nasi melayu pun ada.....tak payah susah hati..ade duit semua boleh jalan... :)

Places of Interest


BUKIT BENDERA a.k.a PENANG HILL







Tinggal Kenangan
Permandangan dari atas Bukit Bendera
Tiket : A : RM 8.00
             C : RM 4.00

RUMAH P. RAMLEE

 FERI PULAU PINANG



Feri ( Datang ke Penang guna Jambatan  balik naik Feri..biler lagie???)

SHOOPING MALL

QUEENSBAY MALL


GURNEY PLAZA


 BUTTERFLY FARM





Tiket:     A:RM18    C: RM10

 MASJID TERAPUNG

TOY MUSEUM




 
Tiket :   A: RM8  C : RM6
FORT CORNWALLIS & PADANG KOTA






TAMAN NEGARA PULAU PINANG





PULAU JERJAK


Pulau Jerjak ( nun jauh di sana yg nampak pulau tue..)


MUZIUM USM






MUZIUM PULAU PINANG

MUZIUM ISLAM

WAR MUSEUM/MUZIUM PERANG 
 

DAN LAIN-LAIN LAGI....



Bangunan Council pada waktu malam dan siang
Lampu di bangunan tue hanya ON pada hari minggu sahaja
 ButterFly Farm ( Teluk Bahang )


Banyak tempat menarik dalam Penang. Dari Timur laut ke Barat daya masing-masing ada daya tarikan. Nak travel dari satu tempat ke tempat yang lain jangan risau sebab Penang pun ader expressway yang telah memendekkan jarak antara sebelah timur laut dan barat daya. Menetap di mana-mana dalam Penang, tak payah susah hati nak pergi mana-mana destinasi, semuanya dekat-dekat belaka asalkan pandai menggunakan laluan yang betul pada waktu yang betul. Satu kelebihan kat sini, kalau sesat macam mana pun takkan masuk negeri lain kecuali korang naik jambatan Pulau Pinang...Kalau termasuk gak jalan tue, pusing la balik.

Lanjut sila layari: http://www.tourismpenang.net.my/attractions.html#18